-->

Legasi Sunnah Islamiyyah

Tuesday, 24 January 2012

JAWAPAN KEPADA ALASAN ORANG-ORANG YANG TAK NAK MENUTUP AURAT




JAWAPAN KEPADA ALASAN ORANG-ORANG YANG TAK NAK MENUTUP AURAT

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh.

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda:

Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)
Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 20:31 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 22 January 2012

BELAJAR SYUKUR DARIPADA BUAH TEMBIKAI



Oleh: Faiz Daros

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah membawa sebiji tembikai. Tembikai yang dibelinya di pasar itu diserahkan kepada isterinya untuk dibelah. Sebaik sahaja tembikai itu dibelah, isteri orang soleh itu segera merasanya.

Didapatinya rasa tembikai itu sangat tawar. Apa lagi, keluarlah rungutan dari mulut si isteri disebabkan tembikai yang tawar itu. Melihat keadaan isterinya yang tidak habis-habis merungut, orang soleh itu pun berkata, 'Saya yang membeli tembikai itu di pasar.'

'Ya, saya tahu,' jawab isterinya.
'Pada pendapat awak, ketika saya membeli tembikai di pasar tadi, apakah saya ingin tembikai yang manis atau yang tawar?'
'Tentu awak hendak yang manis,' jawab isterinya.
'Ketika penjual buah-buahan di pasar menjual tembikai itu tadi, adakah dia ingin menjual tembikai yang manis atau yang tawar?' tanya orang soleh itu lagi.
'Tentu sahaja dia ingin menjual yang manis.'

Orang soleh itu berhenti sejenak. Kemudian dia bertanya lagi, 'Ketika peraih buah itu menjual hasil tanamannya kepada penjual di pasar, apakah dia hendak menjual tembikai yang manis atau yang tawar?'

'Tembikai yang manis tentunya.'
'Ketika pekebun menanam pokok tembikainya dahulu, apakah dia ingin menanam buah yang manis atau yang tawar?' pertanyaan orang soleh itu mula meleret-leret.
'Tentu yang manis/'
'Ketika awak membelah tembikai sebentar tadi, adakah awak inginkan buah yang manis atau yang tawar?'
'Saya inginkan yang manis... kenapa dengan semua persoalan ini?' soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum, lalu berkata, 'Ketika semua inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku, buah tembikai itu tawar rasanya.'
Isteri orang soleh itu terdiam.

'Jadi ketika awak marah-marah tentang rasa tembikai yang tawar itu, awak sebenarnya marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli atau awak yang membelah atau pekedai yang menjual atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar itu?'

Salah satu daripada adab makan adalah jangan mengecam makanan sekalipun makanan itu tidak sedap. Jika tidak suka, tinggalkan sahaja. Mungkin emak atau isteri kita yang memasak, ayah kita yang membeli atau diri kita sendiri yang merasanya. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedari, kita seolah-olah mengecam Allah yang mengurniakan rezeki ini kepada kita. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita dapat bersyukur dengan yang banyak? Demikian Nabi Muhammad SAW mengingatkan!
Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 22:24 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 30 November 2011

Koleksi Hadis, Mutiara Kata, Peringatan dan Pengajaran (Edisi November)




Oleh: Muhammad Faris
1) Anas bin Malik R.A. reported that the Prophet Salallahu Alyehe Wasallam said, "The one who asks Allah for Paradise (three times) the Paradise would say; O Allah! Let him enter me. And the one who seeks protection from Hell (three times) the Hell would say; O Allah! Save him from entering me." [Tirmidhi]
‎2) Syaitan Dan Hidung,

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur.

(Sahih Muslim : 351)
3) Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
... Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah itu lebih baik..
4) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w
" Barangsiapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun"
5) KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

"Diam bukan bererti kita bodoh
Diam bukan bererti kita tak tau
Diam bukan kerana kita takut
Diam bukan kerana kita pengecut..."

"Diam itu hikmah,
Diam itu menyerap ilmu
Diam itu mengatur gerak
Diam itu membaca tingkah
Diam itu membentuk sabar
Diam itu mengekang nafsu!"

Apabila sempurna akal, kurang perkataan.Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. (Saidina Ali Abi Talib)




 
Oleh: Luqman El-hakim
1) kita ada Allah yg Maha Kuasa...maka pohonlah petolongan dari Nya...

2) Nafsu mengatakn wanita itu cntk krn rupa parasnya...akal mengatakn wanita itu cntk krn kepndaiannya,,,tp iman mengatakn wanita itu cntk krn akhlaknya...
3) Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w
" Barangsiapa yang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12 tahun"
 
Oleh: Muhammad Eizz Harith
1) KEMAAFAN itu DENDAM yang TERMANIS

2) “ Dan hendaklah mereka MEMAAFKAN dan berlapang dada. Apakah kamu TIDAK ingin bahawa Allah mengampunimu ? ” - an-Nur: 21

3)Hidup terlalu SINGKAT untuk MEMBENCI
 
Oleh: Eizzatunnaqibah Shahrulzaman
Taylor Swift taught me that guys arnt always with it.

Lady Gaga taught me its alright to be yourself.

Ke$ha taught me being crazy is fun.

Justin Bieber taught me to never give up and always be myself.

Selena Gomez taught me to not forget were I come from.

Bruno Mars taught me to love music is not a waste of time, music is life!

Demi Lovato teaches me to stay strong through the hardest of things.

BUT!

Most importantly,ISLAM taught me how to through the life!
 
Oleh: Mohamad Rusdy
1) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
‎2) "Dalamilah akan kamu akan ilmu agama sebelum kamu diangkat menjadi pemimpin" Umar al-Khattab
3) Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”

(Muslim)
5) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
6) Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: " Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah s.w.t., maka sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah s.w.t itu adalah menyababkan hati seseorang itu menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah s.w.t ialah mereka yang berhati keras."
Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi
 
Oleh Amir Near
Hidup ini sementara, apa yang dibuat adalah bekalan
pabila datang malaikat terpisah segala didunia kecuali 3 perkara...
amalan,sedekah dan doa anak soleh. hidup ibarat pelayaran ....kita berhenti seketika mencari kesenangan dunia tetapi pelajaran itu masih jauh ke sana . pabila kita hendak berlajar semua , adakah kita sudah bersedia berlayar? atau perlu lebih masa untuk mencari sesuatu yg kamu tlh lupakan? sesuatu yg kamu lupa apabila kamu senang, dunia hanya sementara ada kehidupan yg lebih baik di sana , yg di pangil "Surga"..... berfikir sebelum tersesat dari laluan ke syurga , jgn tersalah jln karena kamu akan menuju "NERAKA" ...susah ingin pulang ke Syurga jikalau tersesat sampai ke neraka dan mungkin tidak akan balik semua ke syurga....

masa untuk berhijjrah kepada sesuatu yg lebih baik dari hari ini...
 
Oleh: Sofian Albab
1)Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syatan lari ketakutan dan menggoncangkan empayar iblis di istana kerajaannya.
2)hidop hanye sekali so jom lah kite berlumbe2 beribadat kepada allah s.w.t. dan menjadi org2 yg beriman agar kite selamat di dunia dan di akhirat... amin..
3)Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

(al-Bukhari)
4)Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Bukhari )
5)Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."

Abu ad-Dardaa' r.a
 
Oleh: Nur Atirah Syuhada Hashim
1)sekadar berkongsi apa yg dipelajari,

kita ada 2 roh iaitu ROH HAYAH dan ROH YAQAZAH. maksud kedua2 roh tersebut?

roh hayah: apabila keluarnye roh ini, maka kita semua telah meninggal dunia dan akan dibawa ke alam barzakh.

roh yaqazah: apabila keluarnye roh ini, maka kita semua akan tidur, roh ini akan masuk kembali ke dalam badan kita dan kita akan bangun dari tidur.
2)SOLAT lah walaupun keadaan terpaksa. Tutuplah AURAT mu, bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. PUASA lah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya memaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu...??

Hidayah bukan untuk ditunggu akhi wa ukhti, melainkan dicari. . .
Oleh: Muhammad Ridhwan
1)Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: “Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)
2)Wahai Sahabat...

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang sesiapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

(A.Q surah An-Nahl : 125)
Oleh: Mohamad Rusdy
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika kamu bercakap dengan saudaramu percakapan yang ia mempercayainya, sedangkan kamu membohonginya, sesungguhnya perbuatan ini merupakan pengkhianatan besar.”

(Abu Daud)
Oleh: Khalid Al-Farisi
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

Oleh: Muhammad Eizz Harith
Sahabat,
bukan satu tp beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan dimusuhi tpi dsiayangi, bukan untuk dilupai tapi diingati, bkn hanya disini tapi dimana-mana
bukan setakat disini tapi hujung nyawa..


Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 16:26 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

20 dalam 1,000




Oleh: Anshorullah Shahrulzaman




Wahai sahabat² seagama denganku .. Tolonglah ambil masa 3 ...minit untuk baca note ini . 3 minit je, tak lama pun ..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

... ... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Imam tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita bolee bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel² yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..

Tapi yg paling lawak sekali .. Berapa orang yg lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain .. Berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca ? Berapa banyak ?? Wallahualam .. Sebarkanlah .. Tak perlu minta izin .. Moga bermanfaat . assalamualaikum..

Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 16:25 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 25 November 2011

Hijrah Rasulullah SAW Dari Mekah ke Madinah

Oleh: Hafiz Najmi Hasmadi






RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang bertahannuth (mengasingkan diri ) di Gua Hira. Malaikat Jibrail memberitahu Nabi Muhammad bahawa baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Pengikut Rasulullah SAW terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraisy, yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Yathrib (Kini dikenali sebagani Madinah). Mereka meninggalkan keluarga dan harta benda untuk berhijrah. Mereka disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.

Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq r.a dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu. Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali  dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.

Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu.

Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT.


Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.

Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.

Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam

Sumber: redzuan-ridz.blogspot.com
Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 23:29 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Adab Berbual


Oleh: Nur Atirah Syuhada Hashim

1. Semua perbualan haruslah bertujuan kebaikan.

“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

2. Jelas dalam perkataan.

“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar.

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara.” (HR Tirmizi dan dihasankannya).

4. Tidak terlalu banyak cakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.

“Ibnu Mas’ud r.a. senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: ‘Wahai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Mahukan anda mengajar kami setiap hari?’ Maka jawab Ibnu Mas’ud : ‘Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami.’” (Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu.

Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara maka baginda SAW mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang maka baginda SAW pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

6. Menghindari ucapan yang batil.

“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmizi dan ia berkata hadis hasan sahih juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

7. Menjauhi perdebatan sengit.

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi SAW:

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud).

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.

“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmizi dengan sanad sahih)

9. Menghindari banyak bergurau.

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.

“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

11. Menghindari dusta.

“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.

“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek, berdasarkan hadis Nabi SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata:

Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang tersebut, maka kata Nabi SAW: “Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafaz Muslim)
Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar membodek. (HR Muslim)

14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui haruslah dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.

15. Penolakan harus penuh dengan dalil dan nasihat.

16. Penolakan hendaklah dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentari yang salah.

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

20. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

~ sharing is caring..(^_~) ~


Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 23:20 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Sejarah Legasi Sunnah Islamiyyah

My photo
Legasi Sunnah Islamiyyah
View my complete profile

LIKE kami di Facebook

Join Our Facebook Group

Join  Our Facebook Group

Pengikut Legasi Sunnah Islamiyyah

Bincang Legasi Sunnah Islamiyyah


ShoutMix chat widget

Post Legasi Sunnah Islamiyyah

  • ▼  2012 (2)
    • ▼  January (2)
      • JAWAPAN KEPADA ALASAN ORANG-ORANG YANG TAK NAK MEN...
      • BELAJAR SYUKUR DARIPADA BUAH TEMBIKAI
  • ►  2011 (24)
    • ►  November (7)
    • ►  October (17)
), url(), auto;}
Picture Window theme. Powered by Blogger.