-->

Legasi Sunnah Islamiyyah

Monday, 31 October 2011

Koleksi Hadis, Mutiara Kata, Peringatan dan Pengajaran (Edisi Oktober)

1)      Oleh: Muhammad Faris
-          NASIHAT RASUL KEPADA PARA REMAJA

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta
pertolongan maka mintalah pertolongan kepada...
-          Pidato Saidina Abu Bakar As-Siddiq setelah dilantik menjadi khalifah:

"Jika aku berlaku adil dalam urusanku sokonglah aku.Akan tetapi jika aku bersalah, betulkanlah aku kembali. Kejujuran ialah amanat, kedustaan pula suatu khianat. .... Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan rasul-Nya. Akan tetapi kalau aku melanggar perintah-Nya, jangan ikut aku lagi.

Sumber asli: Tarikh al-Tabari, Jil.2:238,1768
Sumber tambahan: Buku Teks Tingkatan 4, 2003:ms144

-          Bila Allah cepat makbulkan Doamu ~ Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu ~ Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu ~ Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya



2)      Oleh Sofian Albab
-          Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu menjadi orang yang terikut-ikut dengan mengatakan kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik kalau mereka berbuat zalim, kami pun akan berbuat zalim. Tetapi teguhlah dirimu dangan berprinsip, kalau orang lain berbuat kebaikan, kamu berbuat kebaikan pula dan klau orang lain berbuat kejahatan kamu tidak akan melakukannya."
{Riwayat al-Tizmizi}
 
-          Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai apa?
Si gurl: Ustaz nak kenakan saya ke?
Ustaz: Taklah. Rambut anak pempuan saya yg kecil tu selalu je kusut. Lagi-lagi bila bawah matahari. Benda yg awak pakai ni tahan matahari erk?
Si gurl: Ooo.. Saya pakai *** ustaz.. Nak lagi lawa tambah *** sikit... Bla bla bla bla... Memang tahan matahari. Tahan haba.
Ustaz: Ooo... Agak2 dengan bara api neraka tu tahan tak produk-produk yang awak cakap tuh?

Apa agaknya reaksi Si “gurl” tuh?????

-          Abdullah bin Mas'ud telah bertnya kpd Rasulullah SAW: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tnya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah SWT." - Riwayat Bukhari & Muslim.

-          ‎"Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu) atau orang yang selalu menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajian atau orang yang mencintai ketiga-tiga golongan itu. Dan janganlah engkau jadi golonagn kelima kerana dengan itu engkau akan binasa."

{Riwayat al-Bazzar}

3)      Oleh: Faiz Daros
-          Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. "nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.".

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita."

4)      Oleh: Mohamad Rusdy

-           "Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
(HR Muslim).
-          Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat."

5)      Oleh: Amir Near
-          Hadis Dari Segi Bahasa Bermaksud Maju , Maka Siapa Yang Mengamalkannya akan Maju Dari Hari Ini
 
6)      Oleh: Nur Atirah Syuhada Hashim

-          Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat)
7)      Oleh: Hafiz Najmi Hasmadi
-          Kita perlu mengingati sejarah untuk terus maju ke hadapan. Diibaratkan seperti memandu kereta, pemandu bukan sahaja perlu pandang ke hadapan tetapi juga perlu memandang ke belakang agar perjalanan menjadi lancar...
 
Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 06:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sifat Sahabat


Oleh: Nur Athirah Syhada Hashim


Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Adakah kita sahabat itu?? Semoga persahabatan dan persaudaraan kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah…insyaAllah..


Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 06:40 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

5 perkara


Oleh: Nur Atirah Syuhada Hashim
‎
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

· Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

· Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

· Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

· Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

· Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama berdoaa semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

Sekian, wallahu a’lam

Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 06:38 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kita Golonga yang mana???


Oleh: Nur Atirah Syuhada Hashim

12 Golongan Manusia Bangkit dari Kubur

1 .Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2 .Mereka yang menyerupai babi.Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan sembahyang lima waktu.

3 .Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya.Inilah balasan mereka yang berdusta.

5 .Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.Ini adalah balasan bagi mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.ini adalah balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7 .Mereka yang keluar tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya keatas.Ini adalah balasan bagi mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam ,bermata biru dan perutnya penuh dengan api.Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10 .Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan.Ini balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11 .Mereka yang buta matanya dan hatinya,giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga ke perut,dari perut dan pehanya keluar kotoran.Ini balasan mereka minum minuman keras.

12 .Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,berjalan diatas titian Mustaqim laksana kilat.Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat.

Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 06:37 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tidak Susah Untuk Menjadi lelaki seorang SOLEH


Oleh: Nur Atirah Syuhada Hashim

ingin menjadi lelaki soleh ? tidak lah susah , namun usaha haruslah tinggi . takkan dalam hati nak jadi soleh , tapi takpernah ada usaha . kan salah caranyaa tu . apa kata kita rujuk AlQuran dan AlHadis dalam menjadikan diri kita lelaki yang soleh :)

1. Sentiasa taat kepada ALLAH swt dan RASULULLAH saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamanNya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi karenah manusia, sentiasa saling toleransi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

tak susah kan ? apa kata kita cuba . jumlahh kita tingkatkan usaha :)

Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 06:36 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Sejarah Legasi Sunnah Islamiyyah

My photo
Legasi Sunnah Islamiyyah
View my complete profile

LIKE kami di Facebook

Join Our Facebook Group

Join  Our Facebook Group

Pengikut Legasi Sunnah Islamiyyah

Bincang Legasi Sunnah Islamiyyah


ShoutMix chat widget

Post Legasi Sunnah Islamiyyah

  • ►  2012 (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (24)
    • ►  November (7)
    • ▼  October (17)
      • Koleksi Hadis, Mutiara Kata, Peringatan dan Pengaj...
      • Sifat Sahabat
      • 5 perkara
      • Kita Golonga yang mana???
      • Tidak Susah Untuk Menjadi lelaki seorang SOLEH
      • Wasiat Imam Syafie
      • Hukum menonton filem luncah
      • 10 Perkara Yahudi yang perlu kita tahu
      • 7 Perkara Ganjil
      • 7 Kategori KAYA
      • Peringatan Kepada Kaum Hawa
      • Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita
      • Keutamaan Surah Al-Mulk
      • Tanda-tanda Hati Yang Hidup
      • Tanda-tanda Hari Kiamat
      • ‎"KEY TO KINGDOM OF HEAVEN
      • Sejarah Legasi Sunnah Islamiyyah
), url(), auto;}
Picture Window theme. Powered by Blogger.