-->

Legasi Sunnah Islamiyyah

Sunday, 22 January 2012

BELAJAR SYUKUR DARIPADA BUAH TEMBIKAI



Oleh: Faiz Daros

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah membawa sebiji tembikai. Tembikai yang dibelinya di pasar itu diserahkan kepada isterinya untuk dibelah. Sebaik sahaja tembikai itu dibelah, isteri orang soleh itu segera merasanya.

Didapatinya rasa tembikai itu sangat tawar. Apa lagi, keluarlah rungutan dari mulut si isteri disebabkan tembikai yang tawar itu. Melihat keadaan isterinya yang tidak habis-habis merungut, orang soleh itu pun berkata, 'Saya yang membeli tembikai itu di pasar.'

'Ya, saya tahu,' jawab isterinya.
'Pada pendapat awak, ketika saya membeli tembikai di pasar tadi, apakah saya ingin tembikai yang manis atau yang tawar?'
'Tentu awak hendak yang manis,' jawab isterinya.
'Ketika penjual buah-buahan di pasar menjual tembikai itu tadi, adakah dia ingin menjual tembikai yang manis atau yang tawar?' tanya orang soleh itu lagi.
'Tentu sahaja dia ingin menjual yang manis.'

Orang soleh itu berhenti sejenak. Kemudian dia bertanya lagi, 'Ketika peraih buah itu menjual hasil tanamannya kepada penjual di pasar, apakah dia hendak menjual tembikai yang manis atau yang tawar?'

'Tembikai yang manis tentunya.'
'Ketika pekebun menanam pokok tembikainya dahulu, apakah dia ingin menanam buah yang manis atau yang tawar?' pertanyaan orang soleh itu mula meleret-leret.
'Tentu yang manis/'
'Ketika awak membelah tembikai sebentar tadi, adakah awak inginkan buah yang manis atau yang tawar?'
'Saya inginkan yang manis... kenapa dengan semua persoalan ini?' soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum, lalu berkata, 'Ketika semua inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku, buah tembikai itu tawar rasanya.'
Isteri orang soleh itu terdiam.

'Jadi ketika awak marah-marah tentang rasa tembikai yang tawar itu, awak sebenarnya marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli atau awak yang membelah atau pekedai yang menjual atau pekebun yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar itu?'

Salah satu daripada adab makan adalah jangan mengecam makanan sekalipun makanan itu tidak sedap. Jika tidak suka, tinggalkan sahaja. Mungkin emak atau isteri kita yang memasak, ayah kita yang membeli atau diri kita sendiri yang merasanya. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedari, kita seolah-olah mengecam Allah yang mengurniakan rezeki ini kepada kita. Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita dapat bersyukur dengan yang banyak? Demikian Nabi Muhammad SAW mengingatkan!
Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 22:24
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. Hafiz Najmi Bin Hasmadi24 January 2012 at 20:31

    Permulaan yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sejarah Legasi Sunnah Islamiyyah

My photo
Legasi Sunnah Islamiyyah
View my complete profile

LIKE kami di Facebook

Join Our Facebook Group

Join  Our Facebook Group

Pengikut Legasi Sunnah Islamiyyah

Bincang Legasi Sunnah Islamiyyah


ShoutMix chat widget

Post Legasi Sunnah Islamiyyah

  • ▼  2012 (2)
    • ▼  January (2)
      • JAWAPAN KEPADA ALASAN ORANG-ORANG YANG TAK NAK MEN...
      • BELAJAR SYUKUR DARIPADA BUAH TEMBIKAI
  • ►  2011 (24)
    • ►  November (7)
    • ►  October (17)
), url(), auto;}
Picture Window theme. Powered by Blogger.