-->

Legasi Sunnah Islamiyyah

Monday, 31 October 2011

Koleksi Hadis, Mutiara Kata, Peringatan dan Pengajaran (Edisi Oktober)

1)      Oleh: Muhammad Faris
-          NASIHAT RASUL KEPADA PARA REMAJA

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta
pertolongan maka mintalah pertolongan kepada...
-          Pidato Saidina Abu Bakar As-Siddiq setelah dilantik menjadi khalifah:

"Jika aku berlaku adil dalam urusanku sokonglah aku.Akan tetapi jika aku bersalah, betulkanlah aku kembali. Kejujuran ialah amanat, kedustaan pula suatu khianat. .... Taatilah aku selama aku taat kepada Allah dan rasul-Nya. Akan tetapi kalau aku melanggar perintah-Nya, jangan ikut aku lagi.

Sumber asli: Tarikh al-Tabari, Jil.2:238,1768
Sumber tambahan: Buku Teks Tingkatan 4, 2003:ms144

-          Bila Allah cepat makbulkan Doamu ~ Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu ~ Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu ~ Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya



2)      Oleh Sofian Albab
-          Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu menjadi orang yang terikut-ikut dengan mengatakan kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik kalau mereka berbuat zalim, kami pun akan berbuat zalim. Tetapi teguhlah dirimu dangan berprinsip, kalau orang lain berbuat kebaikan, kamu berbuat kebaikan pula dan klau orang lain berbuat kejahatan kamu tidak akan melakukannya."
{Riwayat al-Tizmizi}
 
-          Ustaz: Lawa rambut. Awak pakai apa?
Si gurl: Ustaz nak kenakan saya ke?
Ustaz: Taklah. Rambut anak pempuan saya yg kecil tu selalu je kusut. Lagi-lagi bila bawah matahari. Benda yg awak pakai ni tahan matahari erk?
Si gurl: Ooo.. Saya pakai *** ustaz.. Nak lagi lawa tambah *** sikit... Bla bla bla bla... Memang tahan matahari. Tahan haba.
Ustaz: Ooo... Agak2 dengan bara api neraka tu tahan tak produk-produk yang awak cakap tuh?

Apa agaknya reaksi Si “gurl” tuh?????

-          Abdullah bin Mas'ud telah bertnya kpd Rasulullah SAW: "Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kpd kedua ibubapa." "Kemudian apa lagi", tnya Abdullah. Jawab Rasulullah, "Berjihad di jalan Allah SWT." - Riwayat Bukhari & Muslim.

-          ‎"Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu) atau orang yang selalu menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajian atau orang yang mencintai ketiga-tiga golongan itu. Dan janganlah engkau jadi golonagn kelima kerana dengan itu engkau akan binasa."

{Riwayat al-Bazzar}

3)      Oleh: Faiz Daros
-          Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata.. "nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah dia bersungguh-sungguh.".

"Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita."

4)      Oleh: Mohamad Rusdy

-           "Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
(HR Muslim).
-          Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim, allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat."

5)      Oleh: Amir Near
-          Hadis Dari Segi Bahasa Bermaksud Maju , Maka Siapa Yang Mengamalkannya akan Maju Dari Hari Ini
 
6)      Oleh: Nur Atirah Syuhada Hashim

-          Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-

1:Wajah yang cantik
2:Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.

Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat)
7)      Oleh: Hafiz Najmi Hasmadi
-          Kita perlu mengingati sejarah untuk terus maju ke hadapan. Diibaratkan seperti memandu kereta, pemandu bukan sahaja perlu pandang ke hadapan tetapi juga perlu memandang ke belakang agar perjalanan menjadi lancar...
 
Posted by Legasi Sunnah Islamiyyah at 06:45
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sejarah Legasi Sunnah Islamiyyah

My photo
Legasi Sunnah Islamiyyah
View my complete profile

LIKE kami di Facebook

Join Our Facebook Group

Join  Our Facebook Group

Pengikut Legasi Sunnah Islamiyyah

Bincang Legasi Sunnah Islamiyyah


ShoutMix chat widget

Post Legasi Sunnah Islamiyyah

  • ►  2012 (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2011 (24)
    • ►  November (7)
    • ▼  October (17)
      • Koleksi Hadis, Mutiara Kata, Peringatan dan Pengaj...
      • Sifat Sahabat
      • 5 perkara
      • Kita Golonga yang mana???
      • Tidak Susah Untuk Menjadi lelaki seorang SOLEH
      • Wasiat Imam Syafie
      • Hukum menonton filem luncah
      • 10 Perkara Yahudi yang perlu kita tahu
      • 7 Perkara Ganjil
      • 7 Kategori KAYA
      • Peringatan Kepada Kaum Hawa
      • Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita
      • Keutamaan Surah Al-Mulk
      • Tanda-tanda Hati Yang Hidup
      • Tanda-tanda Hari Kiamat
      • ‎"KEY TO KINGDOM OF HEAVEN
      • Sejarah Legasi Sunnah Islamiyyah
), url(), auto;}
Picture Window theme. Powered by Blogger.