Oleh: Hafiz Najmi
1) Kaya Dalaman: Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenengan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi
2) Kaya Kesihatan: Health is wealth (kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.
3) Kaya Perhubungan: Jika Perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalam keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.
4) Kaya Kerjaya: Kerjaya menjadi sangat pentingdalam dunia masa kini. Kerjaya ialah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.
5) Kaya Legasi: Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara yang biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.
6) Kaya Pengalaman: Jiwa manusia sentiasa dihagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahudan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, pelancongan dal lain-lain akan memberi kita rasa “kekayaan” yang sukar untuk digambarkan.
7) Kaya Ekonomi: Wang walaupun bukan perkara penting dalam hidup, tetapi ia tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan baik. Ia akan memudahkan kita memenuhi keperluan hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Dengan wang, kita boleh membantu merinagnkan beban dan kesusahan orang lain.
Inilah 7 elemen yang perlu ada untuk mencapai kekayaan realiti. Tanpa ketujuh-tujuh elemen itu, manusia hanya akan mendapat kekayaan ilusi.
Sumber: Majalah SOLUSI isu no.37. Telaga Biru, 2011
No comments:
Post a Comment